اللّهُمَّ نَجِّ إِخْوَانَنَا الْمُؤْمِنِيْنَ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي فَلَسْطِيْنَ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ

Hukum Berinteraksi dengan LGBT (atau Istilah Lain yang Semakna) dan Audio Jawaban atas Pegawai HAM

HUKUM BERINTERAKSI DENGAN MUKHANNATH (PONDAN / MAK NYAH / BAPUK / PENGKID / TOMBOI / TRANSGENDER)



KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATAN KUASA FATWA NEGERI PERLIS

Tasyabbuh iaitu perbuatan lelaki ataupun wanita dengan sengaja meniru jantina yang berbeza dari segi pertuturan, tingkah laku, perbuatan atau berpakaian tanpa mempunyai keperluan yang dibenarkan oleh syarak seperti pendidikan, penyaksian atau pemberian keterangan dan seumpamanya.

Hukum tasyabbuh ini adalah haram dan termasuk di dalam dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT seperti di dalam hadis Nabi SAW daripada Ibn Abbas r.a :

لَعَنَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بالنِّسَاءِ، والْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بالرِّجَالِ

Terjemahannya : Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan orang wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari)

Adapun jika penyerupaan itu tidak disengajakan seperti sifat lembut yang ada pada lelaki sejak asal bukan dibuat-buat adalah tidak dinamakan dengan tasyabbuh. 

Golongan ini dipanggil mukhannath khalqi iaitu seorang yang mempunyai sifat keperempuanan yang tidak disengajakan. 

Demikian juga wanita yang mempunyai sifat lelaki sejak asal seperti suara yang garau. Golongan ini dimaafkan selagi mana ia bukan disengajakan.  

Demikian juga lelaki atau wanita yang memiliki perasaan seks kepada golongan sejenis tanpa sengaja, namun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang mencanggahi syarak adalah dimaafkan bahkan jika dia bersabar menahan dirinya dari melakukan perbuatan yang haram, dia mendapat pahala yang besar.

Sehubungan dengan itu golongan mukhannath atau yang disebut mak nyah (transgender) yang sengaja menyerupai jantina yang berbeza termasuk dalam golongan fasik. Bagi golongan ini terdapat beberapa hukum yang perlu diberikan perhatian:

  1. Hukum seseorang berkhalwat dengan golongan ini sekalipun dari jantina yang sama adalah diharamkan jika boleh menimbulkan fitnah atau mencemarkan nama baik seseorang. Jika tidak menimbulkan fitnah maka hukumnya sama seperti seseorang berkhalwat dengan jantina yang sama.
  2. Solat jemaah golongan ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar dan mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid. Golongan ini juga dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah.
  3. Jenazah golongan ini diuruskan berdasarkan jantina yang sebenar. Pihak pengurusan jenazah memilih mereka yang sesuai untuk mengendalikan (menangani) jenazah bagi mengelakkan  fitnah.
  4. Lelaki dari golongan ini boleh menjadi wali dengan syarat ketika proses perwalian dia tampil dengan perwatakan lelaki.

----------------------------------------


Kosakata dalam Bahasa Indonesia :

Jantina = jenis kelamin atau gender
Garau = Serak
Mencanggahi = Bertentangan dengan
Syarak = Syariat
Sebenar = Asli
Mengelakan = Menghindari

  رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.