اللّهُمَّ نَجِّ إِخْوَانَنَا الْمُؤْمِنِيْنَ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي فَلَسْطِيْنَ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ

Jihad Mempertahankan Tanah Air Kaum Muslimin

Dikeluarkan oleh:
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS
Tarikh 3 Jamadilawwal 1445 / 17 November 2023

(1)

  • Kita sebagai umat Islam wajib mempertahankan tanah air kaum muslimin dan hak-hak yang dimiliki oleh saudara sesama muslim dari kejahatan musuh-musuh umat Islam khasnya mereka yang sedang diperangi, dibunuh, dizalimi, dirampas tanah mereka dan ditindas di Palestin.

  • Musuh Islam tidak akan pernah berhenti memusuhi kita yang beriman. Percayalah kepada firman Allah, jangan percaya kepada penipuan media, kata-kata manis orang-orang politik dan mereka yang bersekongkol dengan musuh. Allah SWT berfirman:

وَلَا يَزَالُونَ يُقَـٰتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ ٱسْتَطَـٰعُوا۟

Maksudnya: Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian). (Surah Al-Baqarah, Ayat 217)

  • Apa yang sedang kita saksikan di Palcstin adalah menjadi suatu pengajaran buat kita semua, laitu apabila pendatang Yahudi yang menumpang di negara Paleslin lalu dibiarkan pendatang Yahudi membuat penempatan mereka dan akhirnya mereka mula membeli dan menguasai tanah, menguasai ekonomi dan akhirnya berpakat dengan kuasa luar untuk merampas negara.

  • Oleh itu, jika kita tidak berwaspada dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad mempertahankan tanah air umat Islam dari musuh-musuh Islam maka suatu hari nanti nasib kita juga akan terjadi demikian.

(2)

  • Kita tidak boleh merasa selesa (nyaman -ed) dan terlalu yakin bahwa keadaan kita akan kekal seperti hari ini dan keamanan serta kekayaan yang melimpah pada hari ini akan terus menjadi milik kita.

  • Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah menanamkan semangat membela Islam dan mempertahankan negara umat Islam dari musuh-musuh Islam. Kita juga hendaklah bersiap sedia dengan kekuatan senjata untuk menghadapi musuh-musuh Islam, sepertimana yang diperintahkan oleh Allah:

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍۢ وَمِن رِّبَاطِ ٱلْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍۢ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya, dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”. (Surah Al-Anfaal, Ayat 60) 

  • Jika negara-negara umat Islam mengamalkan ayat di atas tentu kita tidak akan diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar sepertimana yang berlaku pada hari ini, 2 bilion lebih umat Islam di seluruh dunia, tetapi kekuatan ketenteraan tiada ditangan kita. Ini kerana kita tidak mempunyai semangat jihad dan persiapan untuk itu.

(3)

  • Selain dari persediaan kekuatan persenjataan untuk menghadapi musuh-musuh Islam kita juga hendaklah menguatkan ikatan Ukhwah Islamjyyah (persaudaraan) sesama kita umat Islam yang seakidah untuk menghadapi musuh-musuh Islam.

  • Jika kita berpecah belah dan tidak bersatu sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT maka Allah SWT tidak akan menolong kita untuk mengalahkan musuh-musuh-Nya dan kita juga akan menjadi umat yang lemah, hina dan hilang kekuatan. Allah SWT berfirman:

وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَـٰزَعُوا۟ فَتَفْشَلُوا۟ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَٱصْبِرُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Maksudnya: “Taatilah kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatan kamu akan hilang, serta bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Anfaal, Ayat 46)

(4)

  • Apa yang terjadi kepada saudara kita di Palestin bukan hanya satu ujian buat mereka yang berada di sana, namun ia juga adalah ujian kepada kita yang sedang menikmati keamanan di sini.

  • Sebagai umat Islam, kita hendaklah menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara di Palestin mengikut saluran yang betul kepada mereka dan mengikut kemampuan masing-masing tanpa berasa terbeban atau terpaksa.

  • Bantuan yang kita berikan adalah tanda kasih sayang dan belas kasihan kita terhadap saudara seagama yang sedang menghadapi musibah peperangan di sana. Rasulullah SAW bcrsabda

مَثَلُ المُؤْمِنِينَ في تَوَادِّهِمْ وتَرَاحُمِهِمْ وتَعَاطُفِهِمْ، مَثَلُ الجَسَدِ إذا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى له سَائِرُ الجَسَدِ بالسَّهَرِ والحُمَّى

Maksudnya: “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan demam panas (iaitu turut merasakan kesakitannya)". (Hadis Riwayat Muslim)

  • Justeru, pemberian bantuan kepada mereka yang memerlukan boleh juga menjadi sebab untuk kita mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.

(5)
  • ‘Jihad fi sabilillah’ yang paling besar ialah jihad meninggikan kalimah Allah, mempertahankan Islam, umat dan tanah airnya.
  • Allah SWT menjanjikan bahawa agama Islam akan tetap dipelihara dan mereka yang berusaha menegakkannya diberikan kemuliaan di dunia dan di hari akhirat kelak. Abu Bakar Assidiq RA berkata:
لا يدع قوم الجهاد في سبيل الله إلا ضربهم الله بالذل
Ertinya:“Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah melainkan Allah menimpakan kehinaan kepada mereka”.

  • Bagi saudara-saudara kita yang sedang berjihad di Palestin untuk berperang di jalan Allah dengan jiwa dan harta mereka mudah-mudahan mereka dikurniakan ganjaran pahala yang besar dan juga surga oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman:
إِنَّ ٱللَّهَ ٱشْتَرَىٰ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلْجَنَّةَ ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّۭا فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ وَٱلْقُرْءَانِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ ۚ فَٱسْتَبْشِرُوا۟ بِبَيْعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعْتُم بِهِۦ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh, (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang diterapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah / bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah At Taubah Ayat 111)


Sumber: https://www.facebook.com/muftiperlis/posts/pfbid0ouF5KMKSHcGg9znF4sgnLqZLScnz31Y6y2ex3aNS2JHCr7btxxQLqEq6tonQgWdFl

  رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.